Oleh: Izzul Nazaruddin, wartawan pelatih
MOSCOW : Rusia telah melancarkan lebih 100 serangan ke atas fasiliti kesihatan Ukraine, menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
WHO berkata daripada 103 serangan, 89 daripadanya adalah kemudahan kesihatan dan 13 lagi adalah serangan terhadap pengangkutan perubatan termasuk ambulans.
“Satu pencapaian yang menyedihkan berlaku hari ini, lebih 100 serangan terhadap kemudahan kesihatan semenjak peperangan bermula pada 24 Februari lalu. Serangan itu telah meragut 73 nyawa dan mencederakan 51 orang,” menurut WHO.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata mereka kecam sekeras-kerasnya serangan ke atas kemudahan kesihatan yang berterusan. Serangan tersebut telah melanggar Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa.
Dalam pada itu, beliau juga menyeru Rusia untuk menghentikan operasi ketenteraan mereka.
-AGENSI