DuniaSemasa

Elak disaman polis, dua pemuda berlakon bekerja cabut rumput di sawah padi

JAKARTA: Baru-baru ini, tular di media sosial tentang dua pemuda bertindak masuk ke kawasan sawah padi bagi mencabut rumput untuk mengelak daripada disaman oleh pihak polis.

Menerusi paparan video tersebut, dua orang lelaki itu dilihat meninggalkan selipar sebelum turun ke sawah padi dan berpura-pura sedang bekerja sambil mencabut rumput.

Bagaimanapun, mereka sebenarnya dikatakan cuba melarikan diri daripada disaman sepasukan polis yang bertindak mengepung mereka kerana tidak memakai topi keledar.

Pihak polis juga bertindak memanggil mereka tetapi panggilan itu tidak diendahkan oleh dua pemuda lelaki itu.

Selain itu, kejadian tersebut terus mendapat perhatian daripada netizen di beberapa laman media sosial.

Beberapa komen diberikan susulan tindakan dua pemuda itu, antaranya seperti “Di atas motosikal nampak berani, dikejar polis terus jadi petani,’’ tulis seorang netizen. – AGENSI

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button