KUALA LUMPUR : Siapa sangka rumah qari yang juga penyanyi kumpulan nasyid terkenal UNIC menjadi tempat berlindung lapan ekor ular !
Berdasarkan perkongsian Fakhrul UNIC di laman Instagram, pasukan bomba berhempas pulas mengalihkan barang-barang di dalam bilik stor bagi memudahkan kerja-kerja pencarian.
Sementara itu, pada ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial sempat berkongsi pengalaman berdepan dengan haiwan berbisa itu.
Selain itu, seperti yang kita sedia maklum, ular merupakan haiwan reptilia berdarah sejuk, ini bermaksud suhu badannya boleh berubah mengikut persekitaran.
Ketika musim panas, ular gemar mencari tempat berteduh, manakala pada musim hujan, ia akan mencari tempat panas seperti dalam rumah dan kereta.
Secara umumnya, ular memang sukakan kawasan yang lembab, sebagai contoh di kawasan timbunan berkayu, berumput panjang dan semak serta mereka juga mampu untuk menyelusup masuk melalui rekahan dinding.
Oleh itu, ketahui langkah atau cara-cara untuk menghindari ular daripada memasuki kawasan rumah. Antaranya :
1. Pastikan tiada sampah berlonggok
Hindari daripada mengumpul atau membiarkan sampah berlonggok.
Ini kerana, longgokan sampah atau barangan terbuang berpontensi menjadi lokasi untuk ular berlindung.
2. Tutup dan bersihkan bahagian terbuka di rumah
Pastikan lubang saliran dan bumbung sentiasa ditutup kerana potensi tinggi untuk ular menyelinap masuk di kawasan rumah sangatlah tinggi.
Gunakan jaring besi untuk menutup kawasan terbuka dan sentiasa bersihkan persekitaran rumah.
Jadi, kepada seluruh masyarakat diingatkan untuk sentiasa berwaspada, lebih-lebih lagi pada musim yang tidak menentu ini.
Sumber tips : Property Guru