DuniaSemasa

Lagi musibah melanda Turkiye, 14 korban banjir Sanliurfa

ISTANBUL: Empat belas orang maut dan ramai lagi hilang selepas banjir kilat melanda di tenggara Turkiye yang baharu sahaja menghadapi kemusnahan akibat gempa bumi bulan lalu.

Antara mangsa yang maut adalah mereka yang terselamat daripada gempa bumi sebelum ini yang  tinggal di rumah kontena sejak bencana itu melanda, lapor BBC.

Banjir kilat ini berlaku sebulan selepas gempa bumi berkembar pada 6 Februari di mana ramai terkorban dan kehilangan tempat tinggal.

Ratusan ribu mangsa gempa bumi di Turkiye tinggal di dalam khemah dan rumah kontena di sekitar 11 wilayah yang terjejas selepas insiden itu.

Hujan lebat melanda kawasan-kawasan tersebut bermula kelmarin dan perkhidmatan cuaca meramalkan ia akan berterusan.

Seorang Pegawai di Turkiye berkata, banjir terbaharu itu telah mengorbankan 14 mangsa di Sanliurfa, kira-kira 50 kilometer di utara sempadan Syria.

Gabenor Sanliurfa, Salih Ayhan menggesa agar penduduk yang tinggal di aras bawah bangunan untuk segera berpindah demi keselamatan mereka.

Lebih 48,000 orang terkorban di Turkiye selain 6,000 lagi di Syria dalam bencana pada 6 Februari lalu yang merupakan bencana alam terburuk di rantau itu.

BACA JUGA
Aktivis MAPIM Malaysia tiba di Kahramanmaras

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button