KUANTAN : “Sebagai pengembara wanita, cabaran paling besar buat saya sudah pasti berkaitan dengan aspek keselamatan.”
Apa pun cabarannya Lady bikers, Nurul Izah Abd. Wahab, 38, dari kelab motosikal berkuasa tinggi, Daz Bikers tetap akan menyempurnakan kembara solonya ke seluruh Semenanjung bermula hari ini.
Kembara solo beliau selama tiga hari itu bermula dari Temerloh Titik Tengah Semenanjung Malaysia (TTMS).
Nurul Izah yang berasal dari Bera berkata, jelajah kembara itu dijangka berakhir di daerah ini.
“Dalam jelajah kembara solo ini, saya akan singgah di beberapa tempat terpilih untuk menyampaikan sumbangan amal.
“Sumbangan berupa wang tunai disampaikan kepada golongan asnaf,” katanya dalam satu kenyataan.
“Oleh itu, perancangan memainkan peranan sangat penting untuk memastikan pengembaraan berjalan lancar,” – Lady Biker Nurul Izah
Nurul Izah yang mengusahakan sebuah restoran di bandar ini berkata, dia mengambil kesempatan sempena cuti sambutan perayaan Krismas untuk melakukan program kembara berkenaan.
Dia berterima kasih kepada Trizure International Sdn. Bhd. kerana menaja perbelanjaannya melakukan kembara tersebut.