SemasaTravelog
Trending

Pengembara Malaysia ini Redah Salji Pusing Dunia Sampai Mesej Keamanan

#Road4Ummah lengkapkan 57 Buah Negara

Kebiasaannya, mengembara akan menyebabkan hilangnya kesenangan dan keselesaan dalam melakukan amalan harian mahupun beribadah. Namun perkara ini tidak bagi seorang rakyat Malaysia ini, Nursulhi Rahim, 42 tahun, atau lebih selesa dipanggil dengan nama Along, telah menjalankan penjelajahan ke benua Eropah dengan hanya menaiki Perodua Kelisa. Beliau juga membawa anak sulongnya Mohd Aidil, 15 tahun, untuk menjalankan misi musafir mereka. Sebuah perjalanan yang punyai seribu penceritaan kasih sayang antara sahabat, anak, masyarakat dan jati diri negara Malaysia tercinta.

Pengembaraan penuh makna meredah salji dan gunung ganang bersama anaknya

 

Baik, saya akan ceritakan sedikit kisah bagaimana saya berjumpa dengan Along.

Along bersama pasangan “Motor Kapcai” Mohd Alfishahrin dan Diana Latif merancang untuk membuat jelajah benua pada 3 November 2019. Dalam mencari sokongan dan kerjasama pihak yang ada di Malaysia, mereka juga meminta bertemu dengan MAPIM untuk membawa gerakan kemanusiaan dalam perjalanan mereka. CEO MAPIM, (Dr.) Sani Araby Al-Kahery melancarkan kempen #Road4Ummah bersama mereka bagi membawa mesej membantu rakyat Syria. Majlis pelancaran ini dibuat di Wisma MAPIM Malaysia, Bukit Mahkota, Bangi pada 2 November 2019.

Pada 7 Januari 2020 semasa misi kemanusiaan MAPIM sedang berlangsung di Syria, delegasi misi kemanusiaan Syria MAPIM sempat bertemu dengan Along di sempadan Turki-Syria (Kilis). Jadi saya sempat menemu ramah dan beramah mesra bersama beliau di sana. Anaknya juga sempat saya bertanyakan pengalaman pahit manis sepanjang perjalanan mereka. Tambahan lagi saya juga sempat untuk menaiki kereta Kelisa tersebut daripada pintu sempadan Turki-Syria hingga ke hotel kami berjarak 10 hingga 12 km untuk merasai sendiri keadaan perjalanan mereka.

3 perkara yang menarik diceritakan
sepanjang saya menemu ramah beliau dan anaknya, Aidil.

Along bersama anaknya senantiasa menunjukkan akhlak baik rakyat Malaysia dan buat tarikan masyarakat yang ditemui selesa dan ajak mereka bermalam serta makan bersama dengan pengembara ini

1 – Kita Baik dengan Orang, Orang Baik dengan Kita

Setiap perhentian yang mereka lakukan, mereka sentiasa memulakan dengan senyuman walaupun tiada kefahaman bahasa antara satu sama lain. Gelak ketawa gurauan senda juga sering menjadi langkah mereka untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan. Sehingga ada yang sanggup isi petrol Kelisa tersebut dan memberi barangan seperti pakaian sebelum berpisah.

“Baju sejuk yang saya ada semua orang bagi waktu berhenti di mana-mana.” terang Aidil kepada saya.

Yang lagi menarik, mereka hanya menggunakan google translate unutk berkomunikasi dengan setiap penduduk tempatan. Saya juga sempat beberapa kali menyaksikan gelagat Along bercakap bahasa Melayu untuk di terjemah ke bahasa Turki pada ketika itu.

2 – Jauhkan Sangkaan Gagal Sebelum Membuat Sesuatu, Sentiasa Berdoa

“Allah akan sentiasa tolong kita, cuma kita yang kena percaya dengan Dia” kata along selepas menceritakan pengalamannya semasa mencari cara memasang heater pada kereta tersebut yang bermula di Iran yang memberi tong gas untuk dibuka api secara kecil untuk memanaskan kereta. Saksikan video berdurasi 3 minit ini yang diambil oleh saya ini.

Ikhwan SolehinTerima kasih sahabat media dari MAPIM… Ada juga kenangan utk kita bersama… 😉👍👍👍Jangan lupa, roger2 nanti kita pi minum masa balik nanti yea… #wearemalaysian#peroduakelisa#peroduamalaysia#mapim#khilis

Posted by Aimpro Samudra on Wednesday, January 1, 2020

Kebiasaannya beliau sentiasa akan menambah kata-kata yang bersifat motivasi setiap kali bergurau senda. Menyebabkan orang disekelilingnya sentiasa rasa tidak janggal.

3 – Jauh Perjalanan, Luas Pandangan

Semasa saya menemu ramah Aidil pula, beliau amat ramah namun sebaliknya apa yang dikatakan Along, sebelum ini Aidil adalah seorang yang ‘introvert’, kurang kehadapan untuk berinteraksi dengan orang luar. Selepas lebih sebulan perjalanan bersama ayahnya beliau sudah semakin berani untuk berinteraksi dengan orang lain walaupun berbeza bahasa pertuturan. Aidil juga sangat suka bercerita tentang masyarakat lokal di setiap negara yang mereka singgah.

“Kadang-kadang Aidil cakap melayu jer sampai lah mereka faham” terangnya.

 

Walaupun beliau hanya berumur 15 tahun, sudah banyak ‘character’ yang ditunjukkan. Berbanding remaja 15 tahun yang lain, ada yang masih bersifat lebih kepada kebudak-budakkan.

Setakat ini negara asia yang beliau telah jelajah dengan Kelisanya adalah Thailand,Myanmar, India, Pakistan, Iran, dan Turkey. Negara Eropah pula adalah Bulgaria, Romania, Hungry, Croatia, Slovenia, Austria, Germany, Netherlands, Denmark, Sweden, Belgium, France, Switzerland, Italy dan Greece.

Beliau akan meneruskan lagi perjalanan beliau ke negara seterusnya.

Posted by Aimpro Samudra on Tuesday, December 31, 2019

ikuti akaun Facebook beliau

Kisah ini ditulis oleh Ikhwan Solehin Azmi
(Journalist UmmahToday dan juga merupakan team media kemanusiaan MAPIM Malaysia)

0%

User Rating: 5 ( 2 votes)

Ikhwan Solehin

We promise in proportion to our hopes, and we deliver in proportion to our fears. - Francois de la Rochefoucauld

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Check Also
Close
Back to top button