Kesihatan

Kulit kering merosakkan personaliti anda

Oleh : Khai – Wartawan Pelatih Ummah Today 

Kita tahu cuaca negara Malaysia ini panas namun segelintir rakyat tidak ambil peduli tentang bahayanya jika kulit kita terdedah dengan cahaya matahari.

Antara bahagian kulit yang sering kering berlaku di bahagian lengan, paha, kaki dan sisi abdomen.

Faktor yang membuatkan kulit kering adalah cuaca terlalu sejuk, panas atau mempunyai kelembapan rendah.

Selain kurang meminum air, kerap mandi air panas juga menyumbang kulit anda menjadi kering kerana air panas membuka pori kulit dan membasuh minyak natural pada kulit anda.

Faktor kulit anda kering:

  1. Menggunakan produk yang tidak sesuaiPremium Photo | Beauty cosmetic skincare products on white background with tropical palm leaves flatlay copy space set of white jars tubes droppers and bottles summer spa daily natural skin care routine

Ramai yang mendapat kesedaran tentang penggunaan skincare namun tidak semua produk bagus untuk kulit kita.

Produk pencuci, pelembap, tonik, pelindung matahari amat bagus untuk menjaga kulit.

Namun jika ia mengandungi bahan penwangi atau pengawet ia boleh menyumbang kepada kulit kering.

2. Terdedah dengan suhu yang tidak menentu

What Does The Equinox Have To Do With The SUPER Hot Weather Lately? | TRP

Memandangkan cuaca di negara kita sering panas tak menentu, anda digalakkan memakai sunscreen atau sunblock bagi melindungi kuit anda dari sinaran UV.

Suhu panas juga menyebabkan kulit kita gatal, merah dan timbul ruam yang membuatkan kulit menggelupas.

3. Kerap cuci muka

MEN: The Easiest Way to Clear, Healthy Skin | Otis Skincare

Tabiat mencuci muka yang kerap boleh membuatkan kulit anda kering.

Mencuci muka perlu dilakukan tidak lebih daripada dua kali sehari. Jika lebih, kulit wajah kita akan mengalami dehidrasi.

Elakkan menggosok kulit anda terlalu kuat kerana tidak bagus untuk kulit.

4. Merokok

CDC says smoking rates fall to record low in US

Rokok mempunyai radikal bebas yang tinggi dan menyebabkan sebum kulit berkurang mendorong kolagen kulit rosak.

Selain kulit rosak, ia juga merosakkan paru-paru dan jantung anda.

Menjaga kecantikan kulit amat penting dan ia lebih bagus jika mengambil makanan kaya dengan serat seperti buah, kekacang, ikan agar kulit sentiasa sihat.

Kerap minum air yang mencukupi dan cakna tentang tips yang diberi mampu menjaga kesihatan kulit anda.

 

Related Articles

Back to top button