DomestikSemasa

KTMB tambah perkhidmatan tren untuk pulang ke kampung

PETALING JAYA – Sempena Aidilfitri tahun ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan kira-kira 100,000 tiket bagi perkhidmatan kereta api elektrik (ETS) dan KTM Intercity pada 23 April hingga 8 Mei.

Ketua Pegawai Operasi KTMB, Mohd. Zain Mat Taha berkata, jualan tiket itu melibatkan 32 perkhidmatan ETS serta 22 perkhidmatan KTM Intercity.

Beliau berkata, sehingga 7 April lalu, hampir 40 peratus tiket telah terjual bagi tempoh 23 April hingga 8 Mei.

“Tiket perjalanan pada tarikh 29 April hingga 1 Mei bagi laluan KL Sentral-Padang Besar telah habis dijual.

“Sekiranya jualan tiket menunjukkan trend yang memberangsangkan, KTMB akan mempertimbangkan untuk menyediakan tren tambahan untuk laluan yang mempunyai permintaan yang tinggi,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mohd. Zain berkata, bermula 18 April depan pihaknya akan menambah perkhidmatan tren Shuttle Timuran laluan Gemas -Kuala Lipis – Gemas daripada dua kepada empat perkhidmatan sehari.

“Pelanggan juga boleh menikmati diskaun tambang perjalanan berkumpulan seba­nyak 25 peratus melalui Pakej Keluarga Malaysia dengan menggunakan promo kod KMKTMB22,” katanya.

Kira-kira 240,000 tiket bas daripada keseluruhan 300,000 yang disediakan

Persatuan Pengusaha Bas Ekspres Melayu Semenanjung Malaysia (Pembawa) telah menyediakan sebanyak 300,000 tiket bas dan telah terjual 240,000 dengan laluan Kota Bharu, Kelantan dan Johor Bahru yang paling mendapat sambutan, lapor agensi semalam.

-Agensi

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button