DomestikSemasa

MAPIM Malaysia terus dihujani panggilan merayu bantuan

Bantuan diberi tanpa mengira latar belakang penerima

BANGI : Tanpa mengira latar belakang penerima, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) akan terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Itulah pendirian Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, Dr. Sani Araby Al Kahery apabila beliau memimpin misi khas dalam negara bagi menyantuni keluarga asnaf dan golongan yang terkesan ketika berdepan pandemik Covid-19.

Beliau menerusi satu kenyataan dalam laman sosial Facebook rasminya, memaklumkan bahawa pihaknya menerima 25 laporan daripada keluarga yang terdesak kerana hampir putus bekalan makanan.

(Dr.) Sani Araby Al Kahery

“Ada keluarga Melayu, India dan juga Cina. Tengah malam tadi, terima panggilan di hujung telefon, seorang ayah sebak (apabila) hanya tinggal secupak beras, serta susu anak sudah kehabisan.

“Paling saya terkesan apabila bab anak-anak kehabisan susu dan makanan hanya bertahan untuk sehari sahaja.

“Saya dan sahabat tidak ada pilihan lain dari terus bergerak untuk bantu apa yang terdaya,” katanya, semalam.

Mengulas lanjut, beliau dihubungi oleh seorang yang terkenal dan memohon untuk membantu 700 keluarga di dua buah pulau.

“Apabila letak telefon, saya tergamam dan menangis bagai besar sangat amanah yang tidak digendong ini.

“Tidak terdaya untuk semuanya, namun tak boleh duduk sahaja. Kita telah kerahkan semua pasukan untuk bantu di seluruh negara. Moga Allah kuatkan kita semua untuk bantu-membantu dalam ujian ini.

Tambah beliau, orang ramai dialu-alukan untuk menghulurkan bantuan bersama MAPIM Malaysia dalam usaha meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan.

(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan Malaysia

“Tidak terdaya untuk semuanya, namun tak boleh duduk sahaja. Kita telah kerahkan semua pasukan untuk bantu di seluruh negara. Moga Allah kuatkan kita semua untuk bantu-membantu dalam ujian ini,” – Ketua Pegawai Eksekutif MAPIM Malaysia, Dr.  Sani Araby Alkahery

Oleh Azzman Jamal

MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA

#MisiUmmahBantuUmmah

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara.

ATAU menerusi Akaun Maybank TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

562263-540066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Related Articles

Back to top button