KSSR MAINJ kutip RM12,000 untuk disalurkan ke Tabung Gaza melalui MAPIM Malaysia
Satu usaha oleh kelab kebajikan sukan dan rekreasi Majlis Agama Islam Negeri Johor (KSSR MAINJ)
Johor Bahru : Semangat bagi membantu saudara Islam di Palestin terutamanya di Gaza tidak pernah padam. Pelbagai cara dan inisiatif dibuat bagi menzahirkan sokongan.
Antaranya adalah kelab kebajikan sukan dan rekreasi Majlis Agama Islam Negeri Johor (KSSR MAINJ) yang telah mengadakan Program Rayuan Kecemasan Save Al-Quds & Gaza 2021. Program ini diadakan untuk kakitangan MAINJ dan keluarga terdekat sahaja.
Dalam tempoh dua minggu program, KSSR MAINJ berjaya memperoleh kutipan sebanyak RM12,000. Suatu jumlah yang agak besar.
Diwakili oleh pengerusi KSSR MAINJ, Ustaz Nur Asraf bin Hashim telah memilih MAPIM Malaysia bagi menyalurkan sumbangan itu. Ditanya mengapa KSSR MAINJ memilih MAPIM?
“Masyarakat luar maklum akan tugas dan tanggungjawab MAPIM antara agensi yang memudahkan rakyat malaysia untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin. Terima kasih dan TAHNIAH MAPIM. Anda membantu rakyat Malaysia menyalurkan bantuan,” jawab Ustaz Haji Mohd Rafi bin Abdul Latif, Setiausaha KKSR.
Sebuah majlis penyerahan kutipan derma itu telah diadakan dan turut dihadiri oleh pimpinan MAPIM Malaysia iaitu, (Dr.) Ahmad Sani Dato Alim Araby (CEO MAPIM Malaysia), Mejar Bersekutu (PA) Zulhanis Zainol (Setiausaha Agung MAPIM Malaysia) dan Tuan Hj Faris Hussain (Bendahari MAPIM Malaysia).
Dalam hal yang berkaitan, (Dr.) Sani Araby Al Kahery berkata, “Nilai sumbangan besarnya bukan untuk kita, tetapi ia sangat besar untuk penduduk di Palestin. Ia tidak akan menjadikan penduduk Palestin kaya, tetapi ia tentang hidup dan mati mereka.”
MASA UNTUK BERTINDAK!
Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia