Bantuan MAPIM Di GazaDuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Persatuan wartawan berang, AFP pecat wakil di Tebing Barat kerana kempen jenayah Israel

Satu tindakan memalukan oleh agensi berprestij

TEBING BARAT : Agensi akhbar berprestij dunia, Agence France Presse (AFP)   telah memecat wakilnya di Tebing Barat, Nasser Abu Baker, seorang warga Palestin. Berita pemecatan itu didedahkan oleh Kesatuan Wartawan semalam (1 Jun)
Abu Baker menurut Persatuan Wartawan Palestin, menjadi mangsa setelah agensi media berkenaan berada  didakwa di bawah `perintah Israel’.  Persatuan itu turut mengutuk tindakan pemecatan Nasser yang dikatakan sudah mempunyai 20 tahun pengalaman.

“Keputusan itu dilakukan selepas kempen yang didorong oleh Nasser Abu Baker mengenai pendirian dan aktivitinya sebagai ketua Persatuan. Dalam hal ini perkara utamanya, membabitkan isu-isu yang diperjuangkan beliau untuk membawa pemimpin penjajah (Israel) ke muka pengadilan mahkamah antarabangsa terhadap jenayah yang telah dilakukan ke atas rakan-rakan wartawan-wartawan kami di Palestin” – Persatuan Wartawan Palestin

Menurut MiddleEast Monitor, tindakan itu juga satu yang memalukan dan mereka mahu Pihak Berkuasa Palestin untuk membatalkan akreditasi agensi media antarabangsa itu seberapa segera. Mereka menuntut semua pihak tidak berurusan dengan AFP dan mendesak wartawan Israel juga disingkirkan.

Wartawan yang bertugas di Gaza ketika serangan Ramadan Israel 11 Mei.

Menurut Persatuan itu, Abu Baker telah menjadi sasaran gangguan pihak pengurusan AFP selama lima tahun. Pihak atasan, bekas kakitangan senior juga telah mendesak untuk Abu Baker meletakkan jawatan kerana usahanya yang mempertahankan wartawan.

Setakat ini media Perancis itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan. Namun semua institusi media Palestin mengutuk pemecatannya, dan dianggap sebagai isu perkauman sambil menyatakan sokongan kepada Abu Baker.

Wartawan yang bertugas di Tebing Barat kerana pengusiran warga Palestin di Sheikh Jarrah.

Sementara itu, Suruhanjaya Pembebasan Tahanan di Tebing Barat berkata, pihak berkuasa Israel turut menggunakan kekerasan ke atas wartawan. Tindakan yang dikenakan ke atas wartawan termasuklah ditahan dan siasat, peralatan media dirampas, ditembak peluru hidup, serbuan ke atas pejabat media serta menutup operasi.

Setakat ini, seramai 18 wartawan ditahan di penjara Israel, meningkat sejak penahanan Zeineh Halawani dan jurukamera, Wahbi Mekkia baru-baru ini akibat pertempuran di Sheikh Jarrah.

Golongan media melakukan protes di Tebing Barat baru-baru ini kerana tindakan polis Israel ke atas media.

********

Seruan untuk kita membantu saudara Gaza dan Palestin sudah tiba. Kita bantu dengan apa yang terdaya. Bantu dengan doa dan harta benda.
MAPIM Malaysia membuka peluang untuk semua bagi membantu rakyat Palestin. Selain doa, rakyat Palestin sangat memerlukan bantuan kewangan.

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button