RAMALLAH: Konflik antara Palestin dan Israel yang tiada kesudahan sering mencetuskan keganasan terhadap masyarakat Islam.
Menurut wartawan WAFA, seorang kru TV Palestin hari ini diserang oleh peneroka Israel yang menghalang jalan Tebing Barat di timur Ramallah.
Kru yang terdiri daripada tiga orang itu sedang pulang dari penggambaran di Lembah Jordan.
Kenderaan mereka ditahan dan diserang oleh peneroka berhampiran perkampungan Bittin, timur Ramallah.
Seorang kru yang cedera dalam serangan itu, berkata, tentera Israel berada di kawasan itu tetapi tidak melakukan apa-apa bagi menghalang peneroka atau membuka semula jalan raya.
Para peneroka telah melancarkan serangan setiap hari terhadap rakyat Palestin di jalan Tebing Barat, menyerang kereta dengan batu, mencederakan orang dan merosakkan kenderaan awam.
Tiada seorang pun peneroka telah ditangkap selepas melakukan tindakan ganas itu kepada penduduk warga Palestin.
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today