KesihatanSemasa

Dua produk ada racun hydroquinone dan tretinoin!

Dilarang dijual di seluruh negara

BANGI 6 April :  Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti dua produk kosmetik mengandungi racun berjadual dan dilarang penjualannya di seluruh negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dua produk berkenaan ialah Beautywise Rejuvenating Cream dan Beautywise Rejuvenating Toner.

Beliau yang berkata dalam satu kenyataan media turut menjelaskan notifikasi produk kosmestik terlibat tersebut telah dibatalkan Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kerana ia mengandungi hydroquinone dan tretinoin.

“Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan ia hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan, ” – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Berikut adalah produk yang dikenal pasti  Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

https://kpkesihatan.com

“Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh mengalami kesan sampingan yang tidak diingini,” katanya juga dalam satu kenyataan pada Selasa.” – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut perlu dihentikan perjualannya serta-merta.

Katanya, penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini adalah melanggar dari segi Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya,”   – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi UITM Puncak Perdana – Arif Ikhwan

Related Articles

Back to top button