Semasa

Kondominium dalam pembinaan terbakar

WANGSA MAJU : Sebuah kondominium yang masih sedang dalam pembinaan telah mengalami kebakaran sebentar tadi.

Menurut hantaran yang dimuat naik Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju KL, kejadian kebakaran telah berjaya dikawal oleh pihak bomba yang berada di lokasi.

Pihaknya turut berkongsi rakaman insiden itu dari sudut berbeza serta beberapa gambar selepas kebakaran berjaya dipadamkan.

Namun, setakat ini pihak bomba masih belum keluarkan sebarang kenyataan rasmi dan punca kebakaran masih belum diketahui.

Berita selanjutnya akan menyusul…

Related Articles

Back to top button