Covid19DomestikHiburanKesihatanSemasa

Khairy tampil bersama Upin Ipin, promosi PICKids bersama

KUALA LUMPUR: Dalam video animasi singkat bersama Duta Program Imunisasi COVID-19 untuk Kanak-kanak (PICKids), Upin Ipin, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tampil sebagai karikatur.

Dalam video berdurasi 30 saat itu menunjukkan, Upin Ipin yang merupakan watak animasi kanak-kanak popular negara hadir ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi menerima suntikan vaksin COVID-19.

Setakat video itu disiarkan menerusi platform Youtube kira-kira tiga jam lalu (semalam), ia berjaya meraih lebih 95,000 tontonan, dengan kelihatan kedua-dua kanak-kanak itu ditemani waris iaitu nenek dan kakak mereka.

Dalam video itu, pasangan kembar, Upin dan Ipin, menitipkan nasihat kepada semua supaya mengambil suntikan vaksinasi COVID-19 untuk melindungi diri daripada jangkitan virus tersebut.

“Tak sakit pun. Kawan-kawan. Jom ambi vaksin PICKids sekarang untuk keselamatan daripada COVID-19,” kata mereka berdua.

Dalam video animasi itu, Khairy yang terkenal dengan jolokan ‘tall, dark dan handsome’ mengenakan baji berlengan panjang berwarna biru sempat mengucapkan syabas kepada kembar itu kerana tampil menerima suntikan vaksinasi.

“Syabas. Lindungi diri, lindungi kanak-kanak, lindungi semua,” katanya bersemangat.

Kemudian, ucapan Khairy itu disambut ‘betul, betul, betul’ yang menjadi slogan sinonim dengan animasi Upin Ipin.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

 

Related Articles

Back to top button