Semasa

Khairul Aming jual sejuta botol Sambal Nyet dan buka kilang kedua

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Bangi : Siapa yang tidak kenal dengan personaliti media sosial Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali dengan nama Khairulaming dalam kalangan pengguna media sosial. Beliau merupakan content creator yang menghasilkan video masakan.

Selepas beberapa tahun menyediakan konten berkaitan dengan masakan, Khairulaming memulakan perniagaan dengan memperkenalkan sambal nyet. Dari awal sehingga kini sambal nyet terus mendapat tempat di hati masyarakat Malaysia. Apa tidaknya setiap kali dijual di shopee sambal ini akan habis dalam tempoh kurang beberapa jam.

Sumber: Mstar

Terbaru Khairulaming mengumumkan bahawa beliau akan membuka kilang kedua bagi menampung pengeluaran Sambal Nyet. Dalam kenyataan yang dibuat oleh Khairulaming, Sambal Nyet berjaya memperolehi jualan RM14 juta sejak tahun 2021.

“Selepas setahun setengah beroperasi, Alhamdulillah hari ini jualan Sambat Nyet Berapi telah mencecah sejuta botol sambal bersamaan jualan sebanyak RM14 juta. Kita akan membuka kilang kedua bagi meningkatkan produktiviti sambal nyet.”

Dalam video yang dimuatnaik di dalam laman facebook Rasapop, Khairulaming menyatakan sebelum ini mereka mampu menyediakan 5000 botol sehari sambal berbanding sebelum ini hanya 200 botol. Pekerja atau teamnya juga meningkat dari 8 orang kepada 50 orang.

Dimaklumkan bahawa kilang baharu Khairulaming tersebut berada di Kota Bharu Kelantan iaitu di tempat kelahiran personaliti media sosial tersebut. Keluasan kilang tersebut 22,000 kaki persegi dan akan memulakan operasinya tidak lama lagi.

Sumber: Kosmo

Mengimbau kembali perjalanan usahawan ini, beliau memulakan penjualan Sambal Nyet pada tahun lepas iaitu pada bulan Januari. Bermula dengan menyewa lot kedai sebelah kedai runcit. Beliau mampu untuk membuat sebanyak 10,000 botol sambal.

Selepas 3 bulan, Khairulaming mengatakan bahawa mereka berjaya reach jualan RM1 juta dan hasil jualan tersebut berjaya mereka rolling bagi membuka kilang pertama seluas 14,000 kaki persegi. Beliau turut berkongsikan pengalaman yang mana ketika itu beliau masih lagi blur kerana baru sahaja pertama kali membuka kilang. Banyak kesilapan dilakukannya antaranya ialah salah beli mesin, salah set up flow dan macam-macam lagi.

Perkongsian Khairulaming tersebut mendapat perhatian wargamaya dan ramai antara mereka menzahirkan ucapan taniah atas pencapaian yang luar biasa. Ramai juga dalam kalangan netizen mendoakan agar beliau lebih maju dan perniagaannya berkembang pesat agar dapat membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada masyarakat.

 

Related Articles

Back to top button