Covid19Semasa

Kedai komputer, buku dan alat tulis dibenar beroperasi semula

berita gembira untuk pekedai

KUALA LUMPUR: Semua kedai komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memaklumkan kebenaran operasi itu diputuskan melalui sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam selepas mengambil kira maklum balas pelajar, ibu bapa serta tenaga pengajar.

“Pandemik Covid-19 mengubah cara pembelajaran harian dan semua institusi pendidikan kini mempraktikkan sistem pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian.

“Justeru, kita membenarkan kedai komputer dan telekomunikasi serta kedai buku dan alat tulis untuk beroperasi sepanjang tempoh PPN.

“Ia antara lain untuk memastikan guru dan pelajar dapat menjalankan PdPR tanpa gangguan,” katanya melalui kenyataan semalam.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan mengumumkan pelaksanaan PdPR akan disambung untuk tempoh 25 hari apabila sesi persekolahan dibuka semula pada 13 Jun bagi kumpulan A dan Kumpulan B pada 14 Jun.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, sidang khas juga bersetuju membenarkan pergerakan pelajar dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) atau ke kawasan PKPD dengan kebenaran polis bagi tujuan mengambil peperiksaan termasuk peperiksaan profesional.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button