PalestinSemasa

Khader Adnan meninggal dunia setelah 87 hari mogok lapar

RAMALLAH: Tahanan Palestin di penjara israel, Khader Adnan, 44, meninggal dunia selepas 87 hari mogok lapar sebagai bantahan atas penahanannya, kata Persatuan Banduan Palestin (PPS).

Perkhidmatan Penjara israel (IPS) memaklumkan bahawa Adnan, dari bandar Arraba, selatan bandar Jenin di utara Tebing Barat, yang ditahan pada 5 Februari lalu, telah meninggal dunia selepas mogok lapar yang lama di mana dia menolak untuk mengambil sebarang bahan tambahan atau mendapatkan sebarang rawatan perubatan.

Khader Adnan, pemimpin kumpulan Jihad Islam Palestin di Tebing Barat

Adnan, bapa kepada sembilan anak, telah ditangkap 12 kali sepanjang hayatnya dan beberapa kali melancarkan mogok sebagai bantahan penahanan ini tanpa sebarang pertuduhan.

Antara senarai mogok lapar Khader Adnan yang diperhatikan dalam tahanan Israel adalah tahun 2004 – 25 hari, tahun 2012 – 67 hari, 2014 – 54 hari, tahun 2021 – 25 hari dan 2023 – 87 hari.

IPS berkata, Adnan ditemui tidak sedarkan diri di dalam sel penjaranya pagi ini dan kemudian dipindahkan ke hospital di mana dia disahkan meninggal dunia.

Kini israel menahan lebih 1,000 tahanan Palestin tanpa tuduhan atau perbicaraan, jumlah tertinggi sejak 2003, menurut kumpulan hak asasi manusia israel HaMoked.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button