PalestinSemasa

Tiga rakyat Palestin cedera dalam serbuan tentera di Jenin

JENIN: Tiga rakyat Palestin cedera dalam serangan tentera israel di bandar Jenin di utara Tebing Barat, menurut Kementerian Kesihatan.

Seorang ditembak di perut dan dimasukkan ke hospital di Jenin dan dua lagi ditembak di bahagian kaki.

Terdahulu seorang pemuda Palestin ditembak dan cedera di paha semasa serbuan tentera di kem pelarian Aqbat Jabr di Jericho, timur Tebing Barat.

Menurut media Palestin, tentera israel melepaskan beberapa tembakan ketika ketegangan kekal tinggi beberapa hari selepas israel bersetuju gencatan senjata bersama Jihad Islam Palestin yang berpangkalan di Gaza.

Tambahan lagi, penceroboh israel juga telah membakar sebuah kereta milik Palestin di kampung Beit Iksa, barat laut Baitulmaqdis yang dijajah, menurut sumber tempatan.

Kredit Foto Twitter WAFA News Agency

Mereka berkata, peneroka menceroboh masuk ke kampung, membakar kereta milik penduduk tempatan, dan menulis coretan perkauman di dinding rumah penduduk lain.

Ibrahim Zayed, pemilik kereta yang dibakar itu berkata, peneroka membakar keretanya dan kemudian menulis coretan menyeru agar orang Arab dibunuh sebelum melarikan diri akibat dihalau.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button