
Ibadah korban adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut. Diberitakan, Nabi Muhamamd SAW tidak pernah ketinggalan dalam melaksanakan ibadah korban pada setiap tahun, walaupun hanya seekor kambing.
Pasti ada sebab mengapa Nabi Muhammad SAW sangat memberatkan ibadah korban ini. Dalam Al-Quran terdapat beberapa ayat berkaitan ibadah korban, dan antaranya firman Allah S.W.T. dalam surah al-Kautsar ayat 2 yang bermaksud;
“Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah (qurban) sebagai (tanda) bersyukur”.
Ibadah korban adalah tanda kita bersyukur atas rezeki yang Allah kurniakan kepada kita. Bagaimana mahu mengatakan kita bersyukur sekiranya kita tidak membuktikannya? Bersyukur dengan berkorban dan seterusnya berkongsi kesyukuran itu dengan mereka yang memerlukan.
Manakala dalam surah al-Hajj ayat 36, Allah berfirman;
“Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu (menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur”.
Ibadah korban juga adalah penebus dosa kecuali dosa besar. Malah kita akan mendapat kebaikan untuk setiap bulu haiwan yang kita korbankan.
Seperti sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
“Tidak ada satu amalan anak Adam pada hari Nahar (Hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binatang qurban), kerana ia (binatang qurban) itu akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk, kuku dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah qurban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang qurban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu perelokkan olehmu niat serta binatang yang diqurbankan.”
(Riwayat al-Hakim).
Selain kita mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Ta‘ala, ibadah korban juga akan membentuk peribadi menjadi, qana‘ah (bersyukur), ikhlas, sabar, dan seterusnya menyuburkan sifat tolong menolong, terutamanya semasa penyembelihan dan proses pembahagian daging korban.
Secara tidak langsung, ibadah korban juga adalah ‘ubat’ yang menyembuhkan penyakit mazmumah dalam hati, meningkatkan keupayaan fizikal, mental, dan sosial kita.
Itulah antara sedikit sebanyak kelebihan ibadah korban. Hanya yang melaksanakannya sahaja yang dapat merasainya.
BACA JUGA
Boleh ke makan daging korban sendiri?
Mari melaksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.
Mengapa MAPIM Malaysia?
✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.
Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.
Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.
“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari www.ibadahqurban.com
ATAU
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016.
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia