Semasa

Kehadiran MAPIM eratkan hubungan silaturahim bersama Pertubuhan Al-Fakeh

SABAK BERNAM : Walaupun kes Covid-19 di Malaysia semakin menunjukkan perkembangan yang baik, ia tidak bermakna perkara lain juga menunjukkan peningkatan.

Masih lagi ada masyarakat yang menderita untuk meneruskan kelangsungan hidup dek kerana musuh halimunan yang menjejaskan
kehidupan mereka.

Bantuan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) kali ini tiba ke Sabak Bernam untuk penduduk yang tidak bernasib baik yang terdiri daripada golongan asnaf serta warga emas.

Menurut Ketua Pegawai Tugas-Tugas Khas MAPIM, Leftenan Syahir Syahrumi, sebanyak 250 pek makanan telah diagihkan kepada penduduk yang terjejas.

“Alhamdulillah, hari ini kita telah agihkan sebanyak 250 kotak kepada penduduk asnaf di sini, pemberian kami ini adalah sebagai hadiah kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya ketika ditemubual UmmahToday.

Program bantuan ini juga merupakan hubungan kerjasama dan silaturahim bersama badan bukan kerajaan, Pertubuhan Al-Fakeh Selangor.

Wartawan UMMAHToday juga sempat menemu bual pengerusinya, Khairul Anam yang meluahkan rasa syukur dan teruja dengan ukhwah yang terjalin antara mereka.

“Terima kasih kepada MAPIM kerana sudi datang dari jauh bekerjasama dengan kami yang masih kerdil, diharapkan kerjasama antara kita kekal diteruskan.

“Kami amat kagumi dengan gerak kerja MAPIM yang giat melakukan kerja kemanusiaan dan kami sangat mengalu-alukan kedatangan MAPIM ke Sabak Bernam pada masa akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, pihak Pertubuhan Al-Fakeh turut membawa MAPIM untuk meninjau tapak perkampungan Al-Fakeh yang akan dibangunkan sebagai platform pengajian kepada anak yatim malah warga emas.

Mereka juga turut mengajak MAPIM untuk turut serta mengimarahkan lagi perkampungan itu apabila selesai dibina.

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

 

 

Related Articles

Back to top button