DuniaKemanusiaanSemasa

Keberanian pemuda lelaki ini disegani Ketua Inspektor

Tiga pegawai polis berjaya diselamatkan oleh seorang lelaki di Manchester

UNITED KINGDOM : Belum tentu lagi kita berani memberi pertolongan kepada orang awam yang terlibat dengan kemalangan.

Namun seorang lelaki telah mendapat pujian serta penghargaan atas keberaniannya menyelamatkan tiga anggota polis yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada khamis lalu (4 November 2021).

Disebabkan keberanian pemuda tersebut, Mohammed Abugharqoud dari daerah Radcliffe, United Kingdom, telah diberi anugerah ‘Chief Inspectors Commendation’ pada pagi hari Jumaat.

Tragedi itu mengakibatkan sebuah van polis terbabas di sisi dan tengah jalan raya lalu memerangkap ketiga-tiga pegawai di dalamnya.

Ketika dalam perjalanan, Mohammed menyaksikan kemalangan itu dan berjaya memecahkan cermin hadapan van itu lalu menyelamatkan ketiga-tiga pegawai polis tersebut.

Semasa menyelamatkan mereka, bahagian tangan pemuda itu mengalami kecederaan yang memerlukannya mendapatkan rawatan di hospital.

“Pemikiran yang pantas dan keberanian Mohammed amat bermakna kerana pegawai-pegawai yang terlibat tidak mengalami kecederaan yang serius dan kami amat berterima kasih atas sifat tidak mementingkan diri dan kebaikan beliau dalam membantu tiga pegawai kami.”

“Kebiasaannya pegawai polis yang bertindak kepada mereka yang berada dalam bahaya, jadi peranan itu telah diterbalikkan dan orang awam pula membantu pegawai kami. Ia adalah sesuatu yang mengagumkan,” kata Ketua Inspektor daripada bahagian GMP City of Manchester, Stephen Wiggins yang menyampaikan anugerah itu kepada Mohammed di rumahnya pada pagi hari Jumaat.

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button