BanjirSemasa

Jumlah mangsa banjir di Sabah kekal 528 orang

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini kekal 528 orang daripada 162 keluarga yang masih berada di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Tenom, Beaufort dan Kunak, setakat pagi Rabu

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan Tenom, sebuah daerah di pedalaman negeri, menempatkan mangsa banjir teramai iaitu 443 orang daripada 139 keluarga yang dipindahkan ke lima PPS di daerah itu.

Rumah Kebudayaan Makakagas menempatkan 117 mangsa daripada 32 keluarga; Rumah Kebudayaan Kalang Kanar (29 mangsa, tujuh keluarga); Rumah Kebudayaan Gunting (33 mangsa, tujuh keluarga); Rumah Kebudayaan Pagukon (214 mangsa, 78 keluarga) dan Kompleks Sukan Tenom (50 mangsa, 15 keluarga).

“Trend semasa pemindahan mangsa dan bencana banjir di Sabah ketika ini adalah kekal, manakala cuaca baik di kebanyakan kawasan di Sabah pagi ini,” menurut kenyataan itu.

PPS di Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir di Beaufort pula menempatkan 57 mangsa daripada 17 keluarga, manakala Dewan Kampung Airport Tun Fuad di Kunak menempatkan 28 mangsa daripada enam keluarga.

Sementara itu, Jabatan Meterologi Malaysia meramalkan ribut petir di satu dua kawasan terutama di pedalaman pada sebelah petang dan malam di negeri ini hari ini.  BERNAMA

MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button