KUALA LUMPUR : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan UTC Keramat akan ditutup sementara selama tiga hari bermula hari ini bagi menjalankan kerja pembasmian kuman di kawasan premis.
JPN dalam satu kenyataan, berkata cawangan itu akan beroperasi semula pada 14 Julai depan.
“Pelanggan yang mmepunyai janji temu di JPN Cawangan UTC Keramat dalam tempoh penuutpan boleh hadir selepas pejabat beroperasi semula.
“Pelanggan hanya perlu kemukakan slip janji temu berikutan arahan perintah kawalan pergereakan diperketatkan (bersaasr) yang sedang berkuatkuasa di ibu negara,” katanya.
Mengulas lanjut, katanya, pelanggan yang ingin membuat kutipan kad pengenalan dan MyKid yang telah siap, boleh terus menghubungi Pejabat Komunikasi Korporat JPWN WPKL melalui telefon di talian 03-6205 7600 atau 03-6205 7687 atau emel ke pppwilayah@jpn.gov.my.
Oleh Azzman Jamal