BERLIN: Serangan terhadap kitab suci umat Islam dilihat “seolah berusaha untuk mewujudkan perpecahan,” kata timbalan jurucakap kerajaan Jerman, Christiane Hoffmann pada Rabu.
“Kami mendapati tindakan sedemikian tidak sopan dan tidak wajar. Mereka cuba mewujudkan perpecahan”.
“Kami menentangnya. Kami mengutuknya,” kata Hoffmann bagi menjawab persoalan yang dikemukakan media antarabangsa Anadolu pada sidang media di Berlin.
“We stand against it. We condemn it,” Christiane Hoffmann, the deputy spokeswoman for Germany’s government, responds to a question from Anadolu regarding attacks against the Muslim holy book https://t.co/VcF5vG7b41 pic.twitter.com/yCfTgKWTkx
— Anadolu English (@anadoluagency) August 16, 2023
Hoffmann menggariskan bahawa pendirian Berlin mengenai penodaan Al-Quran adalah jelas, tetapi enggan mengesahkan sama ada Canselor Jerman, Olaf Scholz dan Perdana Menteri Denmark,Qu Mette Frederiksen akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat akan datang.
Bulan-bulan yang lalu telah menyaksikan tindakan pembakaran Al-Quran, penghinaan, atau cubaan untuk melakukannya oleh individu atau kumpulan Islamofobia, terutamanya di negara-negara Eropah utara dan Nordic.
In Pictures: A Muslim activist who had received permission to burn a Torah and a Bible outside the Israeli embassy in Sweden on Saturday said he was backing off from the move, adding that he only wanted to draw attention to the recent burning of the Quran in the country.
The… pic.twitter.com/WqDg7xwrtA
— World Times (@WorldTimesWT) July 15, 2023
Provokasi-provokasi ini mencetuskan protes dan kemarahan negara-negara Islam. Pihak berkuasa di negara-negara di mana serangan-serangan ini berlaku berdepan kritikan kerana gagal bertindak untuk menghalangnya.
Jerman mementingkan nilai yang tinggi kepada kebebasan, kata Hoffmann, sambil menekankan bahawa ia tidak meliputi ‘ucapan kebencian atau tindakan kebencian’.
BACA JUGA
Islamofobia: Dengan berselawat, akan selesai semua masalah