Covid19DuniaKemanusiaanKesihatanPalestinSemasa

Jepun beri bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin

TOKYO: Jepun bertindak meneruskan bantuan kecemasan bernilai 400 juta yen (RM13.7 juta) ke Semenanjung Gaza.

Krisis kemanusiaan yang melanda negara itu semakin teruk akibat pandemik COVID-19 dan banjir, kata Menteri Luar, Yoshimasa Hayashi.

Menurut beliau, rakyat Palestin yang terjejas diberi bantuan kemanusiaan seperti bekalan bantuan COVID-19 dan fasiliti penjagaan kesihatan.

“Bantuan akan diteruskan menerusi sistem E-kesihatan, termasuk penjagaan kesihatan utama menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian Palestin,” jelas Hayashi.

Selain itu, Kementerian Luar Jepun menyatakan komitmen memainkan peranan penting dan aktif dalam meningkatkan situasi kemanusiaan di Gaza.

-AGENSI

Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof UiTM SA

________________________________________________________________________________________________________

****MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button