Semasa

“Jangan lupakan Allah, takut Allah akan lupakan kita”

KUALA LUMPUR : Dalam sempit lorong di perumahan Taman Ikan Emas, Cheras, Kuala Lumpur terselindung kisah seorang warga emas yang tabah menjalani hidup seharian seorang diri.

Halimah Abd Karim yang berusia 75 tahun menyingkap kisah kehidupan beliau kepada  aktivis Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang datang menyampaikan kotak bantuan di kawasan itu.

“Makcik sekarang susah nak beli makanan, minggu lepas makcik jatuh bilik air, nak jalan pun susah. Terpaksa minta tolong jiran sebelah.

“Makcik jatuh bilik air tak ada siapa tolong, nasib baik jiran perasan sebab lampu rumah tak tutup,” katanya.

Dalam pada itu, beliau sempat memanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan usia.

Hari ini, MAPIM Malaysia turun sekali lagi ke Taman Ikan Emas, Cheras bagi menghulurkan  67 kotak  bantuan makanan kepada mereka yang terjejas.

Misi bantuan diketuai Pegawai Khas MAPIM Malaysia,  Ustaz Fakhruddin Zainol bersama pasukan Task force MAPIM Malaysia.

Alhamdulillah program hari ini berjalan lancar. In Shaa Allah MAPIM Malaysia akan terus bergerak memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, bukan sahaja bantuan dari segi barangan asas, termasuk bantuan sokongan moral. – Pegawai Khas MAPIM Malaysia,  Ustaz Fakhruddin Zainol.

Sementara itu, Halimah sempat berbisik kepada wartawan UmmahToday,

“Jangan lupakan Allah, takut Allah akan lupakan kita”

Semoga bantuan yang disalurkan ini dapat  membantu meringakan beban penduduk di sekitar kawasan Taman Ikan Emas dan memberi manfaat kepada semua.

Oleh Nurshazlin Shahrom


AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK NEGARA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Related Articles

Back to top button