Semasa

CDERT MAPIM Malaysia terima sijil penghargaan dari Pengarah APM Wilayah Persekutuan

BANGI : CDERT MAPIM Malaysia telah menerima sijil penghargaan daripada YS. Kol. (PA) Effendy Bin Ali selaku Pengarah APM Wilayah Persekutuan diatas komitmen dan sumbangan yang diberikan sepanjang penularan wabak Covid-19 serta bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

Mejar Bersekutu (PA) Nik Abd Aziz selaku penerima mewakili CDERT MAPIM Malaysia berasa bangga dengan MAPIM Malaysia atas penerimaan sijil ini.

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM Malaysia menyeru golongan profesional untuk menyertai Pasukan Kecemasan Pertahanan Awam MAPIM, CDERT MAPIM dalam usaha membantu APM berkhidmat kepada masyarakat Malaysia, terutama dalam kejadian bencana.

Untuk rekod CDERT ditubuhkan di bawah Jabatan Pertahanan Awam, pada 16 Mac 2006.

Selaras penubuhannya,  agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun disaran menubuhkan pasukan CDERT sendiri untuk membantu mengurangkan kesan terhadap sesuatu kecemasan atau bencana di peringkat awal.

Kesiapsiagaan terhadap sesuatu kecemasan diperingkat awal akan memberi “precaution atau preventive measure” yang baik kepada agensi atau pihak yang berkenaan demi jaminan “survival” agensi mereka.

Penubuhan CDERT ini di agensi kerajaan, swasta dan badan berkanun terpilih akan dapat membantu Jabatan melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan semasa keadaan kecemasan atau bencana yang memerlukan perkhidmatan Pertahanan Awam.

 

Related Articles

Back to top button