Semasa

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup akibat tanah runtuh

IPOH : Laluan Persekutuan FT 185 Seksyen 43.9 di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley menghala ke Cameron Highlands ditutup sepenuhnya kepada smeua kenderaan atas faktor keselamatan, akibat hujan lebat yang berterusan hari ini.

Jabatan Kerja Raya Daerah Kinta dalam satu kenyataan semalam menyatakan notis penutupan itu berkuat kuasa pukul 9.00 malam semalam sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

“Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT 059 Jalan Tapah-Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara. Kesulitan amatlah dikesali,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut kejadian membabitkan laluan sepanjang 30 meter dengan kedalaman 4.57 meter, dikesan berlaku kira-kira 5.45 petang tadi dan berkemungkinan berlaku disebabkan faktor hujan yang berterusan dan menyebabkan struktur tanah lemah dan tidak kukuh.

“Pemantuan Jabatan Kerja Raya Daerah dan pihak konsesi Jalan Persekutuan akan dilakukan dari semasa ke semasa,” tambahnya lagi.

-BERNAMA

Oleh Hafeez Anuar

 

Related Articles

Back to top button