Israel tahan peguam hak asasi manusia Palestin
TERBING BARAT : Seorang peguam hak asasi manusia Palestin diberkas tentera Israel selepas terlibat dalam kumpulan penunjuk perasaan di Terbing Barat terhadap Presiden Palestin Mahmoud Abbas, kata kumpulan hak asisnya.
Suruhanjaya Bebas Hak Asasi Manusia (ICHR), berkata peguam itu, Farid al-Atrash ditahan di sebuah pusat pemeriksaan Tentera Israel di Baitulmaqdis ketika terlibat dalam tunjuk perasaan terhadap Pihak Berkuasa Palestin (PA) di Ramallah, berpusat di PA, Ahad lalu.
Katanya, al-Atrash dipindahkan ke Hospital Hadassah Israel dan meminta dia dibebaskan segera dari tahanan polis Israel.
Menurut organisasi itu, ketika kejadian al-Atrash dalam perjalanan dari Ramallah ke Bethlehem.
Issa Amro, seorang aktivis Palestin yang terkenal dan rakan al-Atrash, berkata dia dibebaskan dari hospital beberapa jam kemudian dan masih disoal oleh pihak berkuasa Israel.
Bagaimanapun, punca kemasukkan dia ke hospital masih tidak diketahui. Tentera dan polis Israel enggan memberi sebarang komen.
Kedua-dua Amro dan Al-Atrash ditangkap tentera Israel ketika menganjurkan dan mengambil bahagian dalam aktiviti tunjuk perasaan berikutan penjajahan Israel di Terbing Barat.
Amro berkata, al-Atrash baru-baru ini memfokuskan usahanya untuk membantah PA ke atas Nizar Banat, seorang aktivis yang meninggal dunia ketika ditangkap secara ganas.
Beliau berkata, seorang lagi peguam, Mohannad Karajah, yang membela penunjuk perasaan ditangkap oleh PA, ditahan oleh pihak berkuasa Palestin pada Ahad, menurut Amro.
Beliau berkata, seorang lagi peguam, Mohannad Karajah, yang membela penujuk perasaan ditahan oleh PA, ditahan baru-baru ini oleh pihak berkuasa Palestin pada Ahad.
Sebelum ini, Israel dan PA membahagikan kawalan keselamatan di Tebing Barat dalam usaha mengekang pergerakan Hamas dan kumpulan yang dilihat memberi ancaman kepada mereka.
Dasar itu ditentang oleh raykat Palestin dan ia menjadi antara pendorong berlakunya aktiviti tunjuk perasaan yang berterusan.
Ribuan rakyat Palestin menyertai aktiviti tunjuk perasaan dalam tempoh beberapa minggu lalu bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap PA, yang mentadbir kawasan yang dijajah Israel di Tebing Barat.
– Al Jazeera
Diterjemah oleh: Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi , UiTM -Hafiy Syazuan / AJ