Sekurang-kurangnya 44 wartawan Palestin mendekam di penjara Israel, dan 29 daripada mereka telah diculik sejak 7 Oktober, kata kumpulan wartawan tempatan.
Dalam satu kenyataan pada hari Selasa, Sindiket Wartawan Palestin [PJS] berkata, “Penjajah Israel membebaskan 12 wartawan yang ditahan selepas beberapa tempoh.”
Ia menambah, “29 wartawan masih ditahan. Kira-kira 15 wartawan sudah dipenjarakan di penjara Israel.”
Mereka menyenaraikan senarai nama 29 wartawan yang ditahan oleh Israel dalam kenyataannya, yang kebanyakannya ditahan di bawah ‘tangkapan pentadbiran’ [tangkapan tanpa perbicaraan atau pertuduhan].
Mereka turut mengeluarkan pada Sabtu nama 70 wartawan dan pekerja media yang telah terbunuh dalam pengeboman Israel ke atas Gaza yang dikepung sejak 7 Oktober.
Senarai wartawan yang syahid terdiri daripada juruteknik, jurukamera, editor dan wartawan penyiasat.
Tiga lagi wartawan telah terbunuh di Lubnan.
Peperangan Israel ke atas Gaza yang terkepung telah membunuh lebih 15,000 rakyat Palestin setakat ini, termasuk 6,150 kanak-kanak dan 4,000 wanita, menurut pihak berkuasa kesihatan di kawasan itu.
SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI