PalestinSemasa

Israel Bunuh Wartawan Gaza; AS Sokong ‘Pertahanan’ Israel

Dua wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza, menambah bilangan wartawan yang maut sejak Oktober lalu kepada 208 orang. Pejabat media Gaza menyifatkan pembunuhan ini sebagai “jenayah perang”.

Hossam Shabat dari Al Jazeera Mubasher dan Mohammed Mansour dari Palestine Today TV menjadi mangsa serangan berasingan. Mansour turut kehilangan isteri dan anak dalam serangan itu.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Tammy Bruce, mengelak mengulas sama ada pembunuhan wartawan itu jenayah perang. Sebaliknya, beliau menyalahkan Hamas atas segala kematian di Gaza.

“Setiap yang berlaku adalah akibat pilihan Hamas,” katanya, sambil menegaskan sokongan AS terhadap “hak Israel mempertahankan diri.”

Sindiket Wartawan Palestin mengutuk pembunuhan itu sebagai cubaan Israel “mengganas media dan sembunyikan kebenaran.”

Sejak Oktober 2023, lebih 50,000 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh dalam serangan Israel. Mahkamah Jenayah Antarabangsa sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, atas tuduhan jenayah perang.

Serangan Israel telah memusnahkan majoriti Gaza, menyebabkan penduduk kehilangan rumah dan menderita kekurangan makanan, air, serta ubat-ubatan.

Sumber: TRT Global, Pejabat Media Gaza

 

Related Articles

Back to top button