DuniaSemasa

3 hari `Evergreen’ tersadai, jejas laluan penghantaran bekalan dunia

Antara laluan perkapalan tersibuk dunia

SINGAPURA : Tahap penglihatan yang rendah dan kekuatan air sejauh 40 knot memaksa sebuah kapal kontena tersadai di Terusan Suez sekaligus menjejaskan laluan kapal perdagangan di antara paling sibuk di dunia itu.

Dari pandangan udara beginilah keadaan yang digambarkan mengenai kapal MV Ever Given (Evergreen) yang merentangi kelebaran terusan itu.

Dengan panjang 400 meter dan keluasan 59 meter lebar dua hari masa diperlukan untuk mengalihkan Evergreen daripada menghalang laluan kapal-kapal lain.

qz.com berkata, masuk hari ketiga, pihak berkuasa cuba untuk mengelakkan sistem penghantaran bekalan tidak tersekat dengan insiden itu. Ini kerana lebih lama untuk membebaskan Evergreen daripada perairan itu, maka akan berlakulah kelewatan dan gangguan terhadap sistem perkapalan global.

Menurut Pihak berkuasa Terusan Suez, sekitar 19,000 kapal-kapal dengan berat 1.17 bilion tan melalui terusan itu sejak tahun 2020.

splash247.com berkata, badan kapal dari bahagian depan dan belakang menghadang perjalanan terusan itu. Busur kapal yang tersekat padai tanah menyebabkan kapal kontena ini tidak dapat bergerak. Pakar kapal berkata angin yang pantas dan secara tiba-tiba itu mungkin punca kapal membelok sedikit.

Bernama memberitahu, Menteri Pengangkutan Singapura,  Ong Ye Kung dalam catatan di Facebook beliau menyatakan kebimbangannya bahawa bekalan barangan, khususnya dari Eropah ke rantau ini mungkin terjejas buat sementara waktu berikutan insiden Evergreen itu.

“Halangan yang berlanjutan ini, akan menyebabkan beberapa pengeluaran inventori terjejas. Insiden itu menghalang kapal daripada berlayar ke sekitar benua Afrika – Tanjung Harapan – dan seterusnya ke Asia.Tempoh perjalanan akan bertambah antara seminggu atau dua minggu,” – Menteri Pengangkutan Singapura,  Ong Ye Kung

Sekiranya gangguan itu berterusan, Ong berkata, PSA, pengendali pelabuhan Singapura, menjangkakan berlaku kelewatan selepas syarikat perkapalan mengubah jadual perjalanan kapal mereka.

Related Articles

Back to top button