Covid19KemanusiaanSemasa

Lewat hantar bakul makanan, pejabat Ketua Menteri nafi tidak cekap

Berita tular - palsu!

KOTA KINABALU : 15 Nov — Pejabat Akhbar Ketua Menteri Sabah, hari ini menafikan hantaran yang tular menerusi media sosial bahawa Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor mendakwa kelewatan serahan bantuan bakul makanan COVID-19 di Sabah berpunca daripada ketidakcekapan penjawat awam.

Menurut kenyataan pejabat itu, hantaran tersebut yang ditularkan menerusi semua platform media sosial dan disertakan dengan gambar Datuk Hajiji merupakan berita palsu.

Menurut kenyataan itu, hantaran tersebut berniat jahat untuk memburukkan dan melemahkan kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah yang baru dibentuk serta pemimpinnya.

“Ketua menteri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian, sebaliknya beliau sangat menghargai kerja keras oleh semua pihak yang terlibat dalam memerangi COVID-19 serta mereka yang menghulurkan bantuan kepada golongan yang terkesan oleh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan,”
Menurut kenyataan tersebut juga, satu laporan akan dibuat kepada pihak berkuasa agar tindakan sewajarnya dapat diambil terhadap mereka yang menghasilkan dan menyebarkan berita palsu itu. — BERNAMA
*2 KAEDAH UNTUK MENYUMBANG KE TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
MAPIM Malaysia menjemput sahabat penderma budiman untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan di dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300, RM500, RM3,000 & RM5,000 untuk bekalan bantuan makanan serta khidmat Ummah Mobile Clinic serta bantuan khidmat lain. Sumbangan boleh dibuat melalui:
WWW.BANTUUMMAH.COM
ATAU
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button