Semasa

IPSI ke jalanan untuk berdakwah

BANGI : “Share the Love and Mercy of Prophet Muhammad PBUH” adalah tema Program Street Dakwah yang dianjurkan oleh Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa sempena bulan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W tahun ini.

IPSI juga salah satu merupakan sayap dakwah MAPIM Malaysia telah turun ke jalanan berdakwah.

ADUN Pulau Betong YB Mohd Tuah Ismail dan ADUN Kebun Bunga YB Jason Ong Khan Lee turut serta  menyerikan lagi program kali ini bersama pengasas program Dato’ Hj. Kamarudin Bin Abdullah selaku Presiden IPSI sejak 14 tahun lepas.

IPSI telah menyediakan 100 beg berisi bunga ros, coklat dan risalah berkenaan Nabi Muhammad SAW untuk diedarkan kepada masyarakat bukan Islam di sekitar Pulau Pinang dalam usaha memperkenalkan baginda Nabi SAW kepada sahabat bukan Islam.

Pengedaran bunga ros, coklat dan risalah ini berlangsung di sekitar Jalan Masjid Kapitan Keling, Jalan Penang, Weld Quay Ferry terminal, Queensbay mall dan Jalan Kebun Bunga.

Ini adalah salah satu metodologi dakwah IPSI bagi memperkenalkan kemuliaan dan kebenaran serta kasih sayang Nabi Muhammad SAW kepada mereka.

IPSI mendapat respon yang positif dari kalangan mereka yang menerima hadiah tersebut.

Menurut siaran IPSI di Facebook, mereka mengetahui bahawa Nabi Muhammad SAW adalah nabi yang terakhir serta agama Islam adalah satu agama yang membawa kedamaian.

“Alhamdulillah. Moga dengan usaha kerdil ini Allah mencampakkan hidayah kepada mereka untuk mentauhidkan-Nya,” kata pengasas IPSI.

Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button