IPSI beri cadangan dalam pertemuan MAIM dan NGO
BANGI : Islamic Propagation Society International (IPSI) sebagai sayap dakwah MAPIM Malaysia telah dijemput bersama dalam majlis Pertemuan Pemimpin Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), semalam.
Pertemuan tersebut dihadiri oleh Presien IPSI, Dato’ Haji Kamarudin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) , Yang Berhormat Senator Haji Idris bin Haji Ahmad di Putrajaya.
Menurut Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa, objektif pertemuan ini adalah untuk menghimpun pimpinan atau wakil NGO yang berada di bawah YADIM dan mempertemukan pimpinan-pimpinan Islam dan Melayu daripada pelbagai kelompok, parti politik dan kepimpinan masyarakat.
Dato’ Haji Kamarudin yang juga merupakan Ketua Kluster Non-Muslim dan Saudara Baru-YADIM telah membawa tiga cadangan kepada Menteri Agama YB Senator.
Antaranya:
- Memperkasakan serta memertabatkan dakwah Islam kepada Non Muslims. Contohnya, membuka masjid di seluruh Malaysia kepada rakan-rakan Non Muslim untuk dilawati disamping menerangkan tentang Islam.
- Menyeragamkan silibus pembelajaran Fardhu Ain dan kefahaman Islam terhadap Saudara Baru di seluruh Malaysia.
- Memberi ruang jawatan dan tauliah kepada pendakwah-pendakwah bukan Melayu dalam ageensi-agensi kerajaan sebagai pembantu, pemudah cara dan sebagainya.
Cadangan-cadangan ini telah mendapat maklum balas baik dari Menteri Agama.
IPSI juga berharap usaha-usaha ini akan mendapat keberkatan dan diterrima oleh Allah SWT.
Oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM