DomestikSemasa
Trending

Inilah pengorbanan saya…

Dugaan serangan strok & kurang pendapatan membuatkan keluarga saya pergi..

Selayang : Keluar rumah selepas subuh dah pulang ke rumah lewat malam. Begitulah rutin harian Razif (bukan nama sebenar), 59 tahun, sebagai seorang pemandu teksi. Namun hasil yang dibawa pulang tidaklah seberapa.

“Kutipan sekarang sehari paling tinggi saya cuma boleh capai RM80 sehari. Tolak kos sewa teksi, bahan api dan lain-lain, dapatlah saya bawa pulang RM10-RM15 bersih sehari. Cukuplah untuk mengalas perut sekurang-kurangnya sekali sehari..” keluh Razif ketika ditemui penulis.

Dia adalah antara 65 pemandu teksi dari Persatuan Jalinan Persahabatan Yang Akrab (JPYA) yang menerima sumbangan kotak bantuan MAPIM Malaysia pada Sabtu lalu. Kehidupan golongan pemandu teksi ketika ini sangat mendesak, apatah lagi dengan kurangnya penumpang yang memerlukan perkhidmatan mereka di jalanraya yang lengang kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dalam masa sama, saingan daripada perkhidmatan e-hailing.


Razif diserang strok 7 tahun lepas dan mengalami kesukaran untuk bercakap. Mula bertatih menyusun semula kata sejak 3 tahun lalu namun masih gagap. Dengan kutipan jumlah pendapatan hariannya kini, tidak mungkin cukup untuk menampung kos perubatan apatah lagi untuk membeli supplement untuk mengembalikan taraf kesihatannya.

Kunjungan ziarah sukarelawan MAPIM Malaysia bersama Pengerusi JPYA, Ustaz Salahudin Ghazali

Saat disangka kebahagiaan akan mula menjadi miliknya semula, pandemik Covid-19 bermula dan tempoh pelaksanaan PKP mula dilaksanakan di seluruh negara. Sejak dari itu, dugaan menimpa-nimpa kepada dirinya serta keluarga.

Janji manis ketika bercinta, susah senang hidup akan tetap bersama hanya indah ketika diusia muda. Di saat dugaan Allah SWT kunjung tiba, isteri memohon fasakh dan pergi membawa 2 orang anaknya.

Razif kini menumpang di rumah kakak kandungnya disekitar Selayang bagi meneruskan kelangsungan kehidupannya.

Apa kan daya, supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan & menyusahkan hidup sesiapa, saya lepaskanlah supaya dia pergi mencari bahagianya..inilah pengorbanan saya.”

MARI LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB KITA

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan dalam negara lanjutan lock down dan covid-19. Ramai hilang pekerjaan dan dibebani dengan ujian

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Journalist & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button