Semasa

Inilah dalangnya!

PDRM buru Loh Kee Hoe, suspek utama pembikinan iklan judi dalam talian raya

KUALA LUMPUR: Jika benar, ini lah dalangnya berdasarkan fotofit yang ditunjukkan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung iklan judi raya.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Loh Kee Hoe dipercayai penggerak utama kepada pembikinan dua video iklan mempromosi aktiviti perjudian dalam talian sempena Hari Raya.

Lelaki berusia 35 tahun ini disyaki mengarahkan pembikinan dua video promosi aktiviti judi dalam talian yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata Kee Hoe yang beralamat di Kuala Lumpur, dikenal pasti berdasarkan siasatan ke atas lapan suspek yang sudah ditahan sejak semalam hingga awal pagi tadi.
“Suspek dikehendaki bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 kerana terbabit dalam sebaran video mempromosikan perjudian dalam talian.” – Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah menunjukkan gambar suspek yang dikenali sebagai Loh Kee Hoe bagi membantu siasatan kes dua video raya promosi judi dalam talian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini. - foto BERNAMA
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah menunjukkan gambar suspek yang dikenali sebagai Loh Kee Hoe bagi membantu siasatan kes dua video raya promosi judi dalam talian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini. – foto BERNAMA

Mengulas berhubung tangkapan terhadap lapan individu semalam, Mohamad Zainal berkata, dua daripadanya direman hingga 21 April ini manakala enam individu yang juga pelakon video klip berkenaan dibebaskan.

“Individu yang direman adalah pengarah produksi dan jurukamera syarikat produksi terbabit. Bagi semua pelakon berkenaan permohonan reman ditolak majistret atas sebab individu berkenaan hanya berlakon dan memberi kerjasama yang baik ketika siasatan dijalankan,” -Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah

Katanya, beliau tidak menolak kemungkinan video pertama dan kedua yang tular dilakukan oleh syarikat produksi yang sama.

“Siasatan awal mendapati ia dilakukan syarikat produksi yang sama namun pelakon berbeza. Pelakon bagi video yang pertama mengenali pelakon video kedua dan susulan itu polis kini sedang mengesan semua yang terbabit dalam video kedua berkenaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah menunjukkan gambar suspek yang dikenali sebagai Loh Kee Hoe bagi membantu siasatan kes dua video raya promosi judi dalam talian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini. - foto BERNAMA – BH

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button