DuniaSemasa

Indonesia cipta robot dari bahan kitar semula bantu harungi pandemik

Robot Delta mampu menceriakan penduduk di kala Covid-19

JAKARTA : Robot yang pada awalnya dicipta hanya suka-suka oleh penduduk kampung dan saintis Indonesia rupanya memberi manfaat ketika pandemik Covid-19 ini.

Robot kitar semula daripada barangan elektrik rumah seperti periuk nasi, kuali dan monitor televisyen lama itu dinamakan  ‘robot Delta’, bersempena varian baharu  Covid-19 yang menular di negara itu.

Aseyanto selaku ketua kejiranan yang mengetuai projek itu berkata, dia mengubah robot itu digunakan dalam perkhidmatan awam ekoran jumlah kes Covid-19 yang meningkat akibat varian Delta.
“Ini seperti menyembur pembasmi kuman, menghantar makanan dan memenuhi keperluan individu yang sedang menjalani kuarantin,” katanya.

Kepala  robot yang diperbuat daripada periuk nasi itu dan dikendalikan oleh alat kawalan jauh yang perlu dicaj selepas 12 jam.

Lebih menarik, apabila melalui rumah pesakit Covid-19 robot ini akan memberi salam  “Assalamualaikum” diikuti “Penghantaran telah tiba. Semoga cepat sembuh”.
Robot Delta ini merupakan antara robot lain yang dicipta di Kampung Gede terletak di Surabaya, di mana kawasan yang teruk dilanda gelombang kedua virus Covid-19 beberapa bulan lalu.
Tambah Aseyanto, robot ini tidaklah setanding robot di Jepun dan mana-mana industri hospitaliti, namun, ia jauh lebih membantu di kala pandemik ini.

-REUTERS

Diterjemah oleh Nurshazlin Shahrom

Related Articles

Back to top button