DuniaSemasa

Tiga saudara kembar dari Palestin, semuanya penghafal Al-Quran !

MasyaAllah, tiga saudara kembar berusia 18 tahun mencipta nama di persada antarabangsa sebagai kembar penghafal Al-Quran dan kini ketiga-tiga kembar itu melanjutkan pelajaran di sebuah universiti terkemuka di Ramallah.

Memetik laporan Miraj News, saudara kembar tersebut baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat sekolah menengah dan kini mereka meneruskan pelajaran ke peringkat yang seterusnya di Universiti Birzeit.

Biarpun, Israa Othman, Alaa Othman dan Doha Othman melanjutkan pelajaran di universiti yang sama, namun, mereka mengambil keputusan untuk belajar jurusan yang berbeza.

“Ini pertama kali kami tidak akan duduk di kelas yang sama. Mungkin ini agak sukar buat kami kerana  kami memilih jurusan yang berbeza,” kata Doha.

“Kami selama ini pergi ke sekolah bersama-sama, pulang ke rumah sama-sama, belajar bersama bahkan menduduki ujian bersama dan hampir mendapat keputusan peperiksaan yang sama,” ujar Alaa.

Saudara kembar ini bukan sahaja pintar dalam bidang akademik, malah, ketiga-tiga mereka berjaya menghafal keseluruhan ayat dalam kitab suci Al-Quran.

Daripada Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah SAW:

إِنَّ الَّذِي لَيْسَ فِي جَوْفِهِ شَيْءٌ مِنَ القُرْآنِ كَالبَيْتِ الخَرِبِ

Maksudnya: “Orang yang tidak ada di dalam dadanya sepotong pun ayat ibarat Al-Quran adalah seperti rumah yang ditinggalkan kosong”.

[Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2913] [Hadith dinilai oleh Imam al-Tirmizi sebagai Hasan Sahih]

Oleh itu, dapat kita rumuskan bahawa orang yang sentiasa melazimi Al-Quran akan bertambah keberkatan di dalam kehidupannya dan kehidupan orang disekelilingnya.

Kerana sesungguhnya di dalam Al-Quran itu terkandung hikmah sama ada tersurat dan tersirat.

Semoga Allah SWT mengurniakan kepada kita semua sifat cintakan Al-Quran dan seterusnya mengurniakan kepada kita zuriat-zuriat yang sentiasa melazimi Al-Quran di dalam kehidupan kita agar pada masa akan datang Al-Quran dapat menjadi pembantu kita di akhirat dan memberi syafaat.

 

Related Articles

Back to top button