KerohanianSemasa

Ikuti Majlis Tilawah & Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa sehingga Khamis ini

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-63 bagi tahun 1445H/2023 yang telah bermula Sabtu lalu hingga Khamis 24 Ogos 2023 ini.

Program bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia Madani’ itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur(WTCKL) dan bersiaran langsung melalui menerusi saluran RTM1 bermula jam 8:45 malam hingga 11:30 malam.

Bagi acara Hafazan disiarkan secara langsung menerusi TV AlHijrah bermula jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengah hari.

Majlis Perasmian & Pembukaan MTHQA Ke-63 telah diadakan Sabtu lalu dan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tahun ini MTHQA akan melibatkan seramai 76 orang peserta keseluruhan dari 52 buah negara.

Sejumlah 36 orang darinya adalah peserta tilawah dengan 24 lelaki dan 12 perempuan, manakala peserta hafazan pula seramai 40 orang iaitu 27 lelaki dan 13 perempuan.

Malaysia diwakili Muhammad Qayyim Nizar Sarimi bagi kategori tilawah lelaki dan Nor Hidayah Abd Rahman untuk kategori tilawah wanita.

Peserta hafazan lelaki negara pula adalah Ahmad Ikmal Mohd Ridhuan dan peserta hafazan wanita Malaysia diwakili Dian Karisma Mohd Japar.

Seluruh rakyat Malaysia dijemput beramai-ramai untuk menyaksikan MTHQA Ke-63 di WTCKL sehingga Khamis ini bagi memeriahkan lagi majlis ilmu penuh barakah itu.

Ikuti sedutan dan siaran live terkini melalui laman facebook JAKIM, klik sini

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button