Semasa

Hospital medan HTAR mula beroperasi esok

KUALA LUMPUR : Hospital Medan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang akan mula beroperasi Jumaat ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam ciapan di Twitter memaklumkan hospital itu akan menumpukan rawatan bagi pesakit kategori 3 dan ke atas.

“Hospital medan itu menyediakan 100 katil dengan kemudahan bilik rawatan, pendingin hawa dan tandas. Rawatan tertumpu kepada pesakit kategori tiga dan ke atas,” katanya di Twitter.

Media sebelum ini melaporkan, HTAR antara hospital yang berdepan masalah kesesakan apabila ramai pesakit kritikal COVID-19 tidak dapat ditempatkan di wad kerana kekurangan katil, termasuk di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sebelum ini KKM memaklumkan pihak mereka menerima jumlah pesakit yang ramai setiap hari menyebabkan kesesakan teruk sehingga beberapa katil terpaksa diletakkan di luar untuk merawat pesakit COVID-19.

Oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button