DuniaKemanusiaanPalestinSemasa

Israel letak syarat baharu untuk pembangunan semula Gaza

Tuntut empat tahanannya dibebaskan

GAZA: Israel telah memperbaharui syarat untuk melaksanakan kerja pembangunan semula Gaza hanya selepas tawanan perang warganegara itu dibebaskan oleh pihak Palestin, demikian menurut laporan media tempatan.

Terdahulu, Israel menerusi sebuah mesyuarat yang diadakan bersama wakil Palestin, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Norway, menegaskan supaya empat tawanan perang warga Israel dibebaskan.

Bagaimanapun, Hamas berkata, hanya dua tentera Israel yang ditahan semasa serangan Israel selama 51 hari pada 2014, namun Israel percaya empat warganegaranya ditahan termasuk dua orang awam.

 

“Kerja membangunkan semula Semenanjung Gaza akan dilakukan dengan syarat pembebasan empat rakyat Israel yang ditahan di Gaza,” demikian tuntutan wakil Kementerian Luar Israel pada mesyuarat itu, semalam.

Namun begitu, Hamas menekankan supaya kerja pembangunan Gaza tidak dikaitkand engan pertukaran tahanan oleh pihak penjajah itu.

Pada 11 hingga 21 Mei lalu, Israel melancarkan serangan besar-besaran terhadap Gaza yang menyebabkan 266 orang termasuk 67 kanak-kanak, 41 wanita, dan 16 warga emas terbunuh.

Akibat daripada tindakan kejam itu, puluhan ribu warga Palestin terpaksa meninggalkan rumah mereka.

 

Oleh : NurFaisal Hakim  – Pelatih Fakulti Filem, Teater, dan Animasi UiTM / AJ

****MASA UNTUK BERTINDAK

MAPIM Malaysia merayu infaq rakyat Malaysia untuk rakyat Palestin. Boleh terus salurkan ke

https://www.billplz.com/tabungkilatgaza

ATAU
menerusi Akaun Maybank
Dana MAPIM :
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button