Hina Agong! polis siasat `Ho Ruey Terng’
Akta Hasutan 1948, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
KUALA LUMPUR : Polis membuka kertas siasatan berhubung kenyataan dimuat naik seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ho Ruey Terng, yang berunsur penghinaan dan hasutan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya giat menjalankan siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Kita membuka kertas siasatan terhadap individu itu yang memuat naik hantaran menghina Agong.” – Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid
“Siasatan dilakukan daripada setiap sudut,” katanya pada Berita Harian hari ini.
Sementara itu, laman Facebook Polis Diraja Malaysia, menyiarkan kenyataan berbaur penghinaan kepada Seri Paduka Baginda.
Kenyataan dibuat Ruey Terng tular di media sosial, antara lain mendakwa Yang di-Pertuan Agong sebagai diktator dan gagal menyelesaikan permasalahan yang wujud akibat penularan COVID-19.- BH