Tindakan kejam dan keji tentera haram Israel ke atas bumi Gaza telah melonjakkan protes seluruh umat Islam di seluruh dunia untuk mempertahankan bumi Palestin.
Satu himpunan aman telah diadakan di Masjid Negara selepas solat jumaat hari ini bagi menyampaikan kepada dunia yang Palestin tidak bersendirian.
Antara figura-figura negara yang hadir adalah 2 mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Muhammad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri kabinet, Datuk Seri Muhammad Sabu dan YB Adam Adli, wakil pemuda, ketua-ketua NGO dan barisan asatizah negara.
CEO MAPIM MALAYSIA, Ybhg (Dr.) Sani Araby Al-Kahery diberikan penghormatan untuk menyampaikan pidato ringkas menyelar tindakan kejam rejim zionis terhadap penduduk Gaza.
Kemuncak perhimpunan adalah pidato dari Tuan Nadir Al Nuri yang membuatkan seluruh perkarangan Masjid Negara senyap dan sayu apabila beliau menceritakan mengenai ahli keluarga dan isterinya yang masih berada di bumi Gaza.
Laungan Takbir Allahuakbar dan Israel Cuak tidak henti-henti dilaungkan oleh peserta himpunan. Himpunan berakhir dengan aman dan peserta yang hadir bersurai jam 3.30 petang