KUALA LUMPUR: Rancangan hiburan realiti televisyen, All Together Now Malaysia terbitan Astro tidak akan dikenakan sebarang tindakan susulan dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, kertas siasatan tidak akan dibuka dan tiada tindakan diambil kepada pihak penerbitan dan selebriti yang hadir selepas semakan mendapati rakaman program itu dibuat sebelum PKP 3.0 di Malaysia.
“Rakaman sewaktu tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) itu difahamkan telah mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) jadi untuk sebarang perkembangan boleh rujuk dengan mereka,” – Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali/ Ketua Polis Putrajaya
Oleh : Wartawan UmmahToday – Nurshazlin Shahrom/ Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran)