SemasaSyria

Ketakutan di Idlib meningkat akibat Rusia menutup sempadan Syria-Turki

Menyekat bantuan yang masuk melalui Bab al-Hawa

IDLIB: Orang awam yang berlindung di kubu-kubu di sepanjang perbatasan antara Turki dan barat laut Syria bimbang akan usaha Rusia untuk menutup persimpangan sempadan Bab al-Hawa, yang sangat penting untuk penduduk di rantau itu.

Berjuta-juta yang orang awam melarikan diri daripada serangan rejim Bashar al Assad dan penyokongnya, bimbang tentang risiko kelaparan setelah Rusia cuba menyekat bantuan yang memasuki kawasan itu melalui Bab al-Hawa,

Bercakap kepada Agensi Anadolu, Muhammad Ramadan, yang melarikan diri ke kem Tih berikutan serangan rejim ke atas kampungnya di wilayah selatan Idlib, mengatakan bahawa rakyat Syria mahu hidup dalam keadaan selamat seperti manusia lain.

“Menutup pintu sempadan, yang merupakan nadi kehidupan orang awam, bermaksud orang awam akan kelaparan. Sekarang penduduk tinggal dengan selamat di khemah. Kami mempunyai sesuatu untuk dimakan dengan bantuan yang diterima,” katanya.

Penduduk di kawasan itu bergantung pada bantuan yang datang melalui Bab al-Hawa, kata Ramadan. Sebelum kami berhijrah, kami tinggal di rumah kami dengan aman dan damai. Rejim Assad  dan Rusia tidak boleh bunuh kami dengan senjata mereka, kapal terbang dan artileri, jadi mereka mahu membunuh kami dengan menutup pintu bantuan kemanusiaan.

Bab al-Hawa adalah pintu sempadan terakhir, di wilayah terakhir yang dikuasai pejuang pembebasan di Idlib, Syria.

Crisis in Syria as Russia threatens to cut off aid

Seorang penduduk Tih yang lain, Jamal al-Dairi, mengatakan Iran, Rusia, dan rejim Assad membantai penduduk dan memaksa mereka berhijrah dan tinggal di khemah.

Dairi menekankan yang Rusia mahu menutup Pintu Sempadan Cilvegozu – bahagian Bab al-Hawa dari Turki. Mereka tidak dapat membunuh penduduk dengan pesawat perang. Mereka ingin membantai 4.5 juta orang awam dengan menutup pintu sempadan.

Beliau menyeru PBB bagi menghalang penutupan pintu sempadan. Beliau menegaskan bahawa tanpa alternatif, orang awam di Idlib akan terputus bekalan ubat dan makanan.

Muhhane Ismael, yang melarikan diri dari kawasan pedalaman Hama ke selatan dan berlindung di kem, berkata, “Rusia mahu orang awam mati kelaparan, seolah-olah tidak cukup dengan hanya membunuh mereka dengan kapal terbang.”

“Orang awam pertamanya bergantung pada Allah dan kemudian pada bantuan kemanusiaan yang datang dari sempadan. Bagaimana orang akan hidup dan bagaimana mereka akan dilayan ketika pintu ditutup?” tanya Ismael.

Haisam Gajar, yang berlindung di kem, mengatakan bahawa jika pintu sempadan ditutup, orang awam yang tinggal di khemah akan menghadapi kelaparan dan ia adalah hukuman mati untuk mereka.

“Kami tinggal di kawasan pergunungan, kami tidak memiliki tanah untuk dikerjakan. Kami tidak datang ke sini dengan sewenang-wenangnya,” katanya.

Gajar melanjutkan dengan mengatakan, “Rusia mengusir penduduk dengan paksaan. Dunia tidak boleh meninggalkan kami.”

“Daripada pergi ke kawasan yang dikuasai oleh rejim Assad, kami lebih suka berjuang dalam keadaan hidup yang keras pada musim panas dan sejuk.”

Bantuan kemanusiaan yang berjumlah jutaan dolar telah diberi sejak tahun 2014, melalui mekanisme rentas sempadan yang dibenarkan oleh Majlis Keselamatan PBB di Idlib, yang merupakan rumah bagi ribuan pelarian yang berlindung di sana.

Menjelang tahun 2020, bantuan kemanusiaan antarabangsa seperti makanan, ubat-ubatan dan bekalan perubatan dihantar melalui empat pintu sempadan.

Jumlah pintu sempadan dikurangkan menjadi dua setelah veto bantahan Rusia. Pada tahun 2020, Rusia membenarkan hanya Bab al-Hawa dibuka dalam tempoh setahun.

Puluhan organisasi bukan kerajaan yang beroperasi di Syria merayu dan menentang penutupan Bab al-Hawa antara Turki dan Syria, yang merupakan jalan terakhir bagi lebih dari 4 juta orang Syria.

Beratus-ratus ribu orang telah terbunuh dan lebih dari 10 juta orang kehilangan tempat tinggal dalam konflik selama satu dekad di Syria, menurut perkiraan PBB.

Mengulas lanjut pergolakan itu, (Dr.) Sani Araby Al Kahery yang juga merupakan ketua Misi RescueSyria, mengatakan,

(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Misi RescueSyria

“Keadaan pelarian di sempadan Turki dan Syria semakin terdesak. Bantuan semakin kurang dan itu semua membahayakan nyawa mereka. Kami di MAPIM Malaysia sentiasa mengikuti rapat perkembangan mereka, dan melalui rakan NGO kami di Turki, kami sentiasa menghulurkan bantuan yang pelarian perlukan. Lagipula MAPIM Malaysia mempunyai sekolah dan masjid di Idlib itu sendiri. Dan masjid ke-40 juga sedang dibina di sana. Namun, itu semua belum cukup. Mereka masih perlukan bantuan, kerana jumlah pelarian juga semakin bertambah. Kem-kem pelarian juga semakin padat. Jadi, kami mengharapkan sumbangan rakyat Malaysia bagi terus membantu saudara kita di Syria. Memang berat kerana kita sendiri terjejas, tetapi itulah pengorbanan yang tinggi nilai di sisi Allah.”

Oleh : Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi Uitm – Arif Ikhwan

*****

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas Syria kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut

– RM600 saham wakaf rumah pelarian

– RM500 bantuan ubat-ubatan

– RM250 bantuan food pack 1 bulan

– RM250 bantuan alat pemanas

– RM500 wakaf saham bina sekolah #40

– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM

2 CARA MENYUMBANG

KE DANA BANTUAN KECEMASAN

MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)

1. Saudara yang prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG

http://www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank

SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)

Akaun No : 562834636987

Related Articles

Back to top button