Semasa

EU luluskan vaksin Covid-19 untuk kanak-kanak 5-11 tahun

THE HAGUE : Vaksin Covid-19 Pfizer sudah mendapat kelulusan dari pihak Kesatuan Eropah (EU) kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, secara berperingkat sebagai usaha mengawal penularan pantas virus itu.

Ketua Strategi Vaksin di Agensi Perubatan Eropah (EMA), Marco Cavaleri, berkata kelulusan turut telah diberikan untuk vaksin jenis Comirnaty bagi kegunaan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

“Ia akan digunakan pada dos yang lebih rendah berbanding dos kepada orang dewasa, “katanya melalui mesyuarat awam secara dalam talian

Vaksin tersebut sebelum ini sudah diluluskan untuk penggunaan dalam kalangan penduduk berusia 12 tahun dan ke atas di 27 negara EU.

Menurut kenyataan EMA, satu pertiga daripada dos diberikan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun daripada dos yang diterima orang dewasa dengan dua suntikan pada sela masa tingga minggu.

Menurutnya, tahap keberkesanan vaksin berkenaan mencecah sehingga 90.7 peratus melalui kajian membabitkan 2,000 kanak-kanak pada peringkat usia itu.

Kesan sampingan yang dihadapi biasanya bersifat ringan atau sederhana selama beberapa hari, termasuk sakit di tempat suntikan, keletihan, sakit kepala, sakit otot dan menggigil.

Dalam pada itu, EMA kini sedang mengkaji secara berasingan vaksin COVID-19 jenis Moderna untuk kanak-kanak berumur enam hingga 11 tahun sebelum keputusannya diperoleh Januari ini.

Pengawal selia setakat ini sudah meluluskan empat vaksin untuk kegunaan orang dewasa di EU iaitu Pfizer dan Moderna, serta AstraZeneca dan Johnson & Johnson, yang menggunakan teknologi vektor virus.

– AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

 

 

Related Articles

Back to top button