NEW DELHI : Status harimau bintang yang selama ini diisytiharkan pupus di India sejak 1952, ditarik balik selepas lapan ekor haiwan itu dihantar ke negara itu.
Badan Penyiaran British (BBC) melaporkan kawanan tersebut akan menjalani kuarantin selama sebulan sebelum dibebaskan di Taman Negara Kuno yang terletak dalam negeri Madhya Pradesh.
Ini adalah kali pertama karnivor besar dipindahkan dari satu benua ke benua lain dan diperkenalkan semula di alam liar.
Cheetah: World's fastest cat returns to India after 70 years https://t.co/uLJOABw1uM
— BBC News (World) (@BBCWorld) September 16, 2022
Secara keseluruhan, India akan menerima sekurang-kurangnya 20 ekor harimau bintang yang diimport khas dari Afrika Selatan dan Namibia, yang menjadi habitat kepada lebih satu pertiga daripada 7,000 populasi haiwan itu di seluruh dunia.
Lima ekor harimau bintang betina dan tiga ekor jantan dipindahkan dari taman negara di Namibia menaiki pesawat sewaan Boeing 747 yang digelar ‘pesawat kucing’ untuk penerbangan selama 11 jam.
Welcome to India – India introduced eight cheetahs from Namibia into Kuno National Park after declaring the species extinct in 1952.
Arrival in India#CheetahIsBack #CheetahinIndia @CCFCheetah @KunoNationalPrk @moefcc
IC &VC – Internet
5/7 pic.twitter.com/TooQ8oasRm— Vasavi Prakash (@BeingVasavi) September 18, 2022
Dalam pada itu, sebuah kandang elektrik dengan 10 petak dalam julat saiz berbeza telah dibina untuk haiwan itu dikuarantin sebelum dilepaskan ke hutan.
Kerajaan akan menggunakan haiwan itu sebagai spesies penaung bagi memulihara biodiversiti padang rumput, savana dan sistem hutan terbuka.