HARAM pukul isteri sehingga mencederakan
Islam memerintahkan umatnya berdisiplin dalam tindakan sekalipun ketika marah. Islam melarang umatnya untuk melakukan kekerasan sesama manusia. Begitu juga dalam kes rumah tangga. Memukul dengan niat bukan menzalimi dibolehkan sebagai jalan paling terakhir untuk mendidik isteri.
Menerusi satu perkongsian di Twitter Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berkata, suami juga tidak boleh memukul wajah isteri meskipun terjadi perselisihan yang sangat dahsyat, misalnya isteri telah berbuat derhaka kepada suaminya kerana hukum memukul isteri adalah haram.
Di alam perkahwinan, seorang suami tidak boleh memukul isteri. Perbuatan memukul itu adalah sebagai alternatif terakhir dan untuk isteri yang nusyuz sahaja.
SUAMIKU SI KAKI PUKUL..
Di sini kami kongsikan himpunan kisah-kisah benar dari sesi yang dijalankan oleh pegawai runding cara di Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga JAWI buat iktibar dan pedoman semua. pic.twitter.com/cRe8FJB9jd
— JAWI Official (@myJAWIKL) March 13, 2023
Seorang suami perlulah menasihati isteri terlebih dahulu, kedua pisahkan tempat tidur jika nasihat tidak dihiraukan dan terakhir barulah pukul jika isteri masih lagi derhaka pada suami.
Pukulan pula, adalah pukulan ringan yang tidak mengeluarkan darah serta tidak menimbulkan kebinasaan jiwa atau cacat pada tubuh, patah tulang atau sebagainya.
Tujuannya adalah untuk mendidik dan memperbaiki dan bukan pukulan yang keras hingga membuat isteri takut dan lari dari suami.
Namun, meskipun memukul isteri itu dibolehkan, tetapi yang lebih utama adalah memaafkan, iaitu tidak memukul isteri. Imam Syafi’i meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda,”Orang-orang terbaik di antara kamu, tak akan pernah memukul isterinya.” (Imam Syafi’i, Al Umm, 5/1871).
BACA JUGA
Wanita lebih emosi berbanding lelaki?